|
Pesanan Haji Hadrat Ayatullah Syed Ali Khamane'i 1426 H.Q.
بسم الله الرحمن الرحيم
قال الله تعالي:
فاذا قضيتم مناسككم فاذكروا الله كذكركم آبائكم اواشدّ ذكرا
Allah (S.W.T) berfirman: " Jikalau kamu melakukan manasik haji kamu, ingatilah Allah (S.W.T) sebagaimana kamu mengingati ayah-ayah kamu atau melebihi daripada itu ". Surah Baqarah, Ayat 200.
Wahai kaum muslimin dan muslimat!
Hari-hari haji adalah hari-hari pengharapan dan khabar yang mengembirakan. Dari satu sudut kemegahan perpaduan di tengah-tengah penghuni-penghuni Rumah Allah, mewujudkan harapan ke dalam jiwa-jiwa, dan dari satu sudut yang lain jiwa-jiwa menjadi suci dengan keberkatan mengingati Tuhan Yang Maha Kuasa, memberikan kegembiraan dengan tersebar luasnya pintu-pintu rahmat.
Pelaksana-pelaksana haji selepas melaksanakan manasik-manasik haji yang penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tersirat yang dipenuhi daripada zikir dan kekhusyukan, sekali lagi diseru untuk mengingati Allah (S.W.T). Penekanan ini adalah bermaksud bahawa dengan mengingati Allah (S.W.T) akan menenangkan jiwa-jiwa yang sedih serta meniupkan cahaya keimanan dan harapan di dalamnya… Dan di saat-saat yang mana jiwa merasa yakin dan mukmin, akan menjadikan manusia lebih berkemampuan untuk melalui liku-liku yang berpancaroba dan penuh dengan kepahitan kehidupan serta sampai kepada kemuncak-kemuncak kesempurnaan meterial dan kerohanian.
Kerohanian haji hanya ada pada zikrullah yang mana roh -zikrullah- menusuk ke dalam setiap amalan-amalan haji. Sumber-sumber yang mulia ini seharusnya aktif selepas menunaikan fardu haji dan kesannya haruslah terus berkekalan.
Manusia di dalam pentas-pentas kehidupan yang berbagai rupa, menjadi korban kelalaian dirinya sendiri. Di setiap tempat yang ada kelalaian, keruntuhan akhlak, pemesongan pemikiran dan kehancuran spritual juga turut ada… dan semua kemyuskilan-kemyuskilan ini, di samping keruntuhan dan kehancuran peribadi manusia boleh menjatuhkan bangsa-bangsa dan menghacurkan tamadun-tamadun.
Haji adalah salah satu daripada pentadbiran-pentadbiran islam yang terbaik di dalam memerangi kelalaian. Keantarabangsaan amalan-amalan ini, seakan-akan ingin menyampaikan pesanan yang mana umat islam di dalam hakikat kemasyarakannya juga, selain daripada tanggungjawab individu yang ada pada tiap-tiap orang islam, berwaspada pada memerangi kelalaian dirinya.
Ibadat dan manasik haji, memberi peluang kepada kita buat sementara waktu untuk melepaskan ketawanan dan keterikatan kelalaian diri kepada mementingkan dan cinta pada diri sendiri. Ihram, tawaf, solat, sa'ei dan wukuf, memenuhkan diri kita kepada megingati Allah (S.W.T) dan mendekatkan diri di bawah naungan Ilahi, serta menjadikan jiwa-jiwa kita lazat dengan mendekati Allah (S.W.T).
Dari sudut yang lain, kebesaran dan kekuatan perpaduan yang tiada tandingan ini, mengenalkan kita kepada hakikat umat islam yang agung yang mengatasi negara-negara, bangsa-bangsa, kaum-kaum, wana-warna kulit dan bahasa-bahasa. Kumpulan ini yang bercampur diantara satu sama lain dan teratur, bahasa-bahasa ini yang mana semuanya berkata di dalam satu kata, anggota-anggota dan jiwa-jiwa yang mana mana semuanya mengadap kepada satu kiblat, manusia-manusia ini yang mewakili berpuluh-puluh negara dan bangsa, semuanya bersatu kepada satu anggota dan satu kumpulan yang agung, dan tidak lain ianya adalah umat islam.
Pada hakikatnya di dalam masa yang panjang umat islam telah melalui masa-masa kelalaian terhadap dirinya. Kemunduran-kemunduran ilmu dan praktik pada hari ini dan kemerosotan di dalam pentas politik, pembinaan dan ekonomi adalah hasil daripada kepahitan kelalaian-kelalaian tersebut… Dan kini dengan perubahan yang besar yang terjadi di dunia ini atau yang sedang terjadi, umat islam seharusnya menembus kembali kelalaian-kelalaian mereka yang telah lepas itu… dan untungnya sebahagian daripada peristiwa-peritiwa yang terjadi di masa kini, pemberi kegembiraan kepada bermulanya pergerakkan tebusan ini.
Tidak harus diragui lagi bahawa dunia penjajah, menganggap kesedaran umat islam, perpaduan islam dan kemajuan bangsa-bangsa kita di dalam pentas-pentas keilmuan, politik dan kemajuan teknologi adalah sebesar-besar penghalang pengguasaan dan pentadbiran dunia mereka, dan mereka dengan seluruh kekuatan yang ada memeranginya. Pengalaman di zaman kuasa penjajah dan penjajahan yang baru di hadapan kita umat-umat islam. Hari ini adalah zaman penjajahan yang terbaru, seharusnya kita mempelajari daripada pengalaman-pengalaman tersebut semoga musuh-musuh tidak dapat lagi menguasai cita-cita mereka ke atas kita semua untuk jangka masa yang panjang lagi.
Di dalam masa-masa yang pahit dan hitam, kuasa-kuasa penjajajah barat, menggunakan semua peralatan-peralatan budaya, ekonomi, politik dan ketenteraan semata-mata untuk melemahkan negara-negara dan bangsa-bangsa umat islam dan membebankan mereka kepada perpecahan, kefakiran dan kebodohan. Lalai, malas lemah diri kebanyakan daripada ahli-ahli politik, tidak bertanggungjawab kebanyakan daripada ahli seni kebudayaan kita telah membantu mereka, dan kesanya, pencerobohan harta-benda, penghinaan dan sehingga mengikari kerakyatan kita dan menghancurkan kebebasan kita. Kita umat islam hari demi hari menjadi lebih lemah dan perakus-perakus kuasa dan pencoroboh hari demi hari menjadi lebih kuat.
Sekarang ini dengan keberkatan pengorbanan pejuang-pejuang, pemberani-pemberani dan orang-orang yang taat kepada pemimpin di sebagian pelusuk dunia islam, telah meluaskan kebangkitan arus islam dan telah mengerakkan pemuda-pemudi, tokoh-tokoh dan tiap-tiap lapisan masyarakat daripada kaum muslimin ke medan perjuangan di kebanyakkan di dalam negara-negara islam, dan telah menampakkan wajah-wajah penceroboh kepada sebahagian besar ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin islam, sekali lagi pembesar-pembesar pencoroboh sedang membuat perancangan baru untuk meneruskan penguasaannya ke atas dunia islam.
Seruan mempertahankan demokrasi dan hak asasi manusia adalah salah satu daripada perancangan ini.
Hari ini syaitan besar yang mana ia adalah simbol kejahatan dan kekerasan menentang nilai-nilai kemanusian, mereka menegakkan bendera-bendera yang menyebelahi hak asasi manusia dan menyeru bangsa-bangsa timur tengah kepada demokrasi. Demokrasi yang diinginkan Amerika di dalam negara-negara ini adalah bermaksud mewujudkan boneka yang taat, ke arah menolong mewujudkan propaganda dan rasuah dan dakyah-dakyah yang menipu, di dalam pilihan raya yang pada zahirnya dipilih rakyat tetapi hakikatnya adalah Amerika dan merupakan penyebab dan faktor penting kepada Amerika pada mewujudkan tujuan-tujuan keji penjajahan.
Dasar-dasar tujuan ini adalah untuk menahan arus mahukan islam dan meminggirkan sekali lagi nilai-nilai murni islam. Hari ini semua jentera-jentera propaganda Amerika dan politik Amerika dan kuasa-kuasa jajahan yang lain telahpun digerakkan sehinggalah mereka dapat melambat-lambatkan kebangkitan kesedaran islam dan jikalau mampu ianya terus dipatahkan.
Umat-umat islam hari ini seharusnya lebih berhati-hati… Ulama'-ulama', pembesar-pembesar agama, cendiakawan-cendiakanwan, penuntut-penuntuk universiti, penulis-penulis, pensyair-pensyair, ahli-ahli kesenian, pemuda-pemudi, tokoh-tokoh, dan semua lapisan masyarakat islam seharusnya lebih peka dan melakukan sesuatu pada waktunya, Amerika yang dahagakan dunia sedang memulakan pusingan yang baru daripada penguasaan ke atas dunia islam.
Seruan mahukan demokrasi dari sisi penguasa yang mana mereka bertahun-tahun merupakan orang yang mempertahankan rejim-rejim ditaktor di Asia , Afrika dan Benua Amerika, tidak dapat diterima. Seruan menentang kekerasan dan teroris daripada mereka yang memperluaskan teroris zionist dan yang paling banyak melakukan keganasan yang berdarah di Iraq dan di Afganistan, amat menjijikkan sekali. Dakwaan-dakwaan orang-orang yang menyebelahi hak-asasi kemasyarakan sentiasa memuji dan mengalakkan syaitan-syaitan daripada melakukan jenayah-jenayah teroris yang dahagakan darah seperti Sharun ke atas masyarakat Palestin yang ditindas, adalah penipu dan layak untuk dilaknat dan keji. Penjenayah-penjenayah yang telah mengotorkan tangan mereka dengan jenayah di Guantonamo, Abu Ghuraib dan penjara-penjara yang tersembunyi di Eropa, penghina bangsa-bangsa Iraq dan Palestin dan pengasuh kelompok-kelompok yang dinamakan islam yang menganggap darah-darah orang-oang islam di Iraq dan Palestin halal, tidak berhak untuk bercakap tentang hak asasi manusia.
Negara-negara Amerika dan Britan yang melakukan penyeksaan terhadap orang-orang yang dituduh dan menumpahkan darah-darah di jalan-jalan dianggap halal dan sehinggakan suara-suara yang diintip di dalam perbualan telepon oleh gebenor-gebenor mereka, dianggapnya betul dengan tanpa sebarang penghakiman dan pembicaraan, tidak layak menganggap dirinya sebagai pendokong hak-asasi masyarakat. Negara-negara yang telah mengeluarkan bom-bom atom dan kimia dan mengunakannya, telah memburukkan sejarah mordennya, sama sekali tidak berhak mengatur untuk tidak menyebarkan pembuatan senjata-senjata nuklear.
Kaum Muslimin dan Muslimat!
Hari ini dunia khususnya dunia islam sedang melalui detik-detik yang begitu genting sekali. Dari satu sudut kejadian ombak kesedaran di seluruh dunia islam, dan dari sudut wajah pencoroboh Amerika dan penjajah-penjajah yang lain telah kelihatan daripada tirai dosa dan sombong. Dari satu sudut telah bermula gerakkan ke arah untuk mendapatkan kembali nilai diri dan kekuatan di dalam dunia-dunia islam, dan di sebuah negara yang besar seperti negara islam Iran, telah berjaya menghasilkan tunas-tunas ilmu dan teknologi yang berdiri sendiri daripada hasil bumi dan keyakinan kepada diri sendiri yang mana telah merubahkan suasana politik dan masyarakat dan telah membawanya kepada suasana ilmu dan pembagunan. Dari satu sudut telah kelihatan pengaruh-pengaruh lemah dan keruntuhan politik dan ketenteraan musuh. Hari ini Iraq dari satu sudut dan Palestin dan Lubnan dari sudut yang lain adalah lambang kelemahan dan ketidakmampuan dakwaan-dakwaan yang dibawa Amerika dan Israel . Politik timur tenggah Amerika pada langkah-langkah pertamanya telah berhadapan dengan halangan yang amat besar dan ketidak berhasilan di dalam politik ini, telah menukarkan faktor kepada mereka menentang pereka-pereka pelan tersebut kembali.
Hari ini adalah hari yang mana bangsa-bangsa dan negara-negara umat islam mampu membentuk dan mereka aktiviti-aktiviti yang baru dan memulakan kerja yang besar. Menolong kepada bangsa palestin yang dizalimi, menyokong bangsa Iraq yang sedar, menjaga keuntuhan dan kebebasan Lubnan dan Sriya dan negara-negara yang sekitarnya, adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab tokoh-tokoh politik, agama, budaya, tokoh-tokoh bangsa, pemuda-pemudi dan penununtu-penuntut universiti adalah lebih berat daripada yang lain. Perpaduan, kesejiwaan diantara pengikut mazhab-mazhab islam dan menjaga daripada perpecahan puak dan kaum seharusnya menjadi seruan-seruan yang paling menonjol tokoh-tokoh ini. Aktiviti teori –ilmu-, politik, usaha kebudayaan dan mengerakkan semua jentera-jentera di dalam garisan-garisan yang asli ini, seharusnya menjadi sumber seruan mereka.
Dunia islam untuk mewujudkan demokrasi dan hak asasi manusia, tidak memerlukan kepada satu lembaran yang bercampur aduk dan acap kali dicemari dan dilangar barat, demokrasi dan di dalam teks-teks ajaran islam dan hak asasi manusia adalah daripada ucapan-ucapan islam yang paling menonjol. Ilmu haruslah dipelajari daripada pemiliknya di mana sahaja dan pada bila masa sekalipun, dan tetapi dunia islam haruslah bersemangat supaya sentiasa menjadi pelajar dan menggunakan kemampuan-kemampuan yang ada dan semangat diri untuk membentuk dan mencipta serta menghasilkan ilmu-ilmu yang baru.
Nilai-nilai barat yang sudah berleluasa di negara-negara mereka yang menyebabkan keruntuhan moral, seks rambang, keganasan yang berleluasa, menerima homoseks di dalam perundangan mereka dan keburukan-keburukan lain yang terjadi, tidak harus diikuti. Islam dengan nilai yang tingginya, adalah sebaik-baik sumber kebahagian manusia, dan tokoh-tokoh bangsa bertanggungjawab memikul bebanan untuk mengkaji kembali dan menyebarkan nilai-nilai murni ini.
Teroris yang membabi buta dan ganas yang mana hari ini merupakan tempat bergantung penceroboh-penceroboh Iraq untuk menyerang islam dan orang-orang islam adalah alasan untuk mereka meneruskan pencerobohan ketenteraan ke atas negara islam tersebut, dan ini berasaskan ajaran islam amatlah ditolak dan tidak boleh diterima pakai. Pihak yang paling utama yang harus dipersalahkan di dalam jenayah ini adalah tentera-tentera Amerika dan jentera-jentera C.I.A Amerika dan Israel yang mempunyai pengaruh di dalam membentuk negara Iraq yang mana ini adalah sekeji-keji tujuan mereka.
Kaum Muslimin dan Muslimat!
Penjamin semua tujuan-tujuan besar umat islam, adalah bertawakal kepada Allah (S.W.T) dan mempercayai kepada janji-janji pasti Al Quran serta menguatkan perpaduan islam. Fardu-fardu haji -dengan sumber yang kaya dan melakukan zikrullah dan dengan perpaduan yang kukuh dan besar umat islam di dalam manasik haji-, mampu untuk merangkumi titik permulaan dan loncatan kebangkitan ini. Berlepas tangan di dalam seruan dan amalan daripada pemimpin-pemimpin kafir dan penganas di dalam kewajipan ini merupakan contoh tauladan amalan dan langkah pertama di dalam jalan ini.
Saya mengharapkan taufik Ilahi dan doa kebaikan Hadrat Waliyullah A'zam –diri ini adalah tebusannya- untuk kamu yang melakukan ibadah haji dan semua umat islam.
Wassalammualaikum Warahmatullah.
Syed Ali Khamane'i. |